Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Sumber berita dari negara Iraq menyatakan 13 serangan bom di beberapa penempatan penduduk Syiah di Kota Baghdad menyebabkan 76 orang terbunuh dan 248 cedera.
Setelah itu berita yang lain pula menyusul memaklumkan bahawa serangan bom menjadi 16 dan sekurang-kurangnya 10 daripadanya dengan menggunakan kenderaan.
Wartawan berita tempatan "Al-Aan" memetik sumber keselamatan Iraq bahawa serangan ini berlaku di wilayah al-Kazimain, kota Sadr, Syu'la, Abudsyir, al-Bida', al-'Atifiyah dan al-Husainiyah di mana sasarannya adalah tempat orang ramai berkumpul.
Sampai sekarang belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab atas serangan ini.